KEHILANGAN
Kelihatan seorang gadis yang manis, mempunyai pipi yang gebu dan gayanya
menjadi tarikan setiap manusia yang lalu di situ,serta menggunakan gaun unggu
bercorak lembut. Ayu dipandang. Duduk sendirian seperti menunggu kehadiran
seseorang.
Ana, lama tunggu?..Sorrylah I
lambat,Happy Valentine Day Ana. Saya harap Ana suka,sambil memberi
bungkusan hadiah. Mencebik muka masam .
Syam awak tahu tak saya ada meeting dengan client lepas ni..Maaflah Ana saya
lambat beberapa minit saja pun.Tak baik marah-marah begini,nanti tak manis
dipandang.
Mereka pun berlalu dari situ. Setelah
menghantar Ana, Syam pun berkunjung ke sebuah restoran untuk menemui seseorang.
Syam seorang jejaka yang tak dinafikan ketampanannya,namun dia juga terkenal
dengan sikapnya yang kaki perempuan. Syam meluangkan masa yang lama bersama
seorang gadis yang seperti kacukan Cina itu sehingga dia terlupa waktu sudah
pun menujukkan pukul 7.00 malam. Ana menunggu di luar sebuah kedai makan sambil
menekan nombor Syam entah hingga kali
yang ke berapa. Jarum jam di tangan menunjukkan pukul 10 malam. Ana mengambil
keputusan menggunakan teksi untuk pulang
ke rumahnya. Gadis manis itu menaiki teksi seorang diri. Hanya Tuhan sahaja
yang tahu hatinya ketika itu. Namun, dalam perjalanan Ana berasa tidak
senang apabila mendapati pemandu teksi
itu agak mencurigakannya.
‘Pak cik, saya nak ke Jalan Melati, saya rasa pak cik salah jalan. Pak cik
tolong berhentikan saya disini’, sambil Ana mendail nombor Syam.Tapi masih
tiada jawapan.Teksi itu berhenti di lampu isyarat, dengan pantas Ana keluar
dari teksi itu…dan tiba-tiba dummmmmmm..sekelip mata tubuh kecil itu melayang
disambut bumi…
Keesokan harinya Syam tersedar dan melihat skrin telefon bimbitnya yang
penuh dengan panggilan dari Ana serta juga merta telefonnya berbunyi.Nombor
yang tertera tidak dikenali namun dijawabnya juga.
“ Encik ni Syamzrizal tunang kepada
Roseswyana? Ya,saya bercakap jawab Syam. Encik diharapkan banyak bersabar,
tunang encik meninggal dunia disebabkan kemalangan semalam.”
Telefon terjatuh dari genggaman.
Betapa orang yang dicintainya menelefon banyak kali disebabkan dia dalam
kesusahan dan tidak dihiraukan sehingga menyebabkan dia hilang untuk
selama-lamanya…