Friday, 27 September 2013

AWAK KALAU AWAK TAK SAYANG JANGAN GANGGU HIDUP SAYA LAGI..
AWAK KALAU CINTA AWAK IKHLAS SAYA TERIMA AWAK SEADANYA..
AWAK JIKA BENAR AWAK SAYANG TAK PERLU AWAK UNGKAPKAN KERANA SAYANGILAH SAYA TANPA DENGAN KATA-KATA...
AWAK KALAU AWAK SEORANG YANG SETIA..
AWAK SETIALAH DENGAN KATA-KATA 
TAK USAH SETIA PADA SAYA...
AWAK KALAU SAYA TAK SEMPURNA DIMATA AWAK ....AWAK TOLONGLAH TINGGALKAN SAYA..
AWAK SAYA HARAP AWAK FAHAM TANPA SAYA PERLU MENJELASKAN PADA AWAK
AWAK SAYA DENGAN AWAK APA?
          SAPA LAGI??
                             AWAKLAH......

rindu...
bagai alunan ombak 
alunan rinduku padanya
menungu saat bertemu
amat menyeksaku...
kenapa harus ada rindu bertandang
sedangkan dia milik orang
dia hanya peneman dikala bersendirian
andai dia yang selamanya
akanku abadikan rindu ini



Sunday, 22 September 2013

cINTA DAN kEJAYAAN 

...........Sejak di bangku sekolah lagi  saya bercita-cita menjadi seorang jururawat. Cita-cita ini merupakan impian mama ku. Namun begitu, tak semua cita-cita kita menjadi kenyataan..Aku tidak dapat mencapai impian mama kerana aku kurang dalam subjek Matematik. Aku memang tak suka nombor, walaupun keputusan matapelajaran sains yang ku perolehi amat memuaskan. Mama kata,biarlah segalanya berlalu dan bangkitlah dengan yang baharu. Aku amat kecewa, namun aku terpaksa menyembunyikan kekecewaanku  itu kerna aku tahu hati mama lebih kecewa...
Akhirnya aku berjaya menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Aku memberi keputusan kepada mama bahawa aku tidak akan menyambung pelajaranku lagi. Dengan wajah tenang mama menerima keputusanku itu. Hanya tinggal satu minggu saja lagi pendaftaran ke tingkatan 6 dan aku semakin serba salah dengan keputusan yang telah aku buat. Pada masa itu aku memang seperti orang yang tidak mempunyai pendirian diri. Mama bertanya kepadaku ,adakah kamu yakin dengan keputusanmu itu.....aku menjawab..
"mama,boleh tak mama membuat kata putus untuk semuanya"..mama memang ingin anak mama seorang ni terus menyambung belajar..umur pun masih muda. Itu jawab mama..dan aku yakin keputusan seorang ibu adalah tepat........Aku menyambung pelajaran ke peringkat pra-U atau tingkatan 6. Aku bukanlah pelajar yang pintar namun aku gigih berusaha. Di sekolah ini aku mempunyai teman lelaki. Namun begitu, aku jadikan ea sebagai pendorongku untuk mencapai kecemerlangan. Dia selalu mencabar aku sehingga kadang-kadang menyebabkan aku tersinggung. Di kelas pun dia sering mendapat pujian dari guru-guru sehingga menyebabkan aku rasa tercabar. Hanya tinggal beberapa minggu lagi STPM akan tiba. Aku merasakan seperti tiada apa-apa yang berlaku.Semakin dekat dengan STPM makin aku selalu kena marah dengan guru Geografi. Aku sabar je kena marah dengan guru tapi paling yang aku tak sabar bila dia juga perli aku. Teman lelaki jenis apa macam ni", bisik hati kecilku. Minggu STPM pun tiba, dan kami pun jarang bertemu satu sama lain kerana kesibukkan mengulang kaji pelajaran pada masa itu. Aku tunggu dia ucap semoga berjaya atau apa-apa yang boleh memberi semangat padaku pun tak ada. Sedih juga rasanya.
Setelah peperiksaan STPM berakhir aku berasa aku dah buat sehabis baik yang aku dapat. Melangkah kaki keluar dari bilik peperiksaan dengan harapan agar mendapat keputusan yang cemerlang. Petang itu juga aku terus dijemput oleh abangku kerana keluarga kami akan bertolak ke Kuala Lumpur keesokannya. Aku bertemu dengannya sekejap sahaja sebelum aku balik dan mungkin itulah pertemuan yang terakhir yang aku rasakan ketika itu. Aku sebak meninggalkan sahabat-sahabatku yang lain. Kami berpisah dengan tangisan dan berharap dapat berjumpa kembali.
Setelah beberapa bulan kemudian keputusan STPM yang ditunggu-tunggu pun keluar dan aku melangkah ke sekolah dengan perasaan yang agak berat sekali. Entah mengapa tiba-tiba sesuatu yang tidak menyenangkan berlaku. Belum sempat aku perkenalkan diri kepada guru yang bertugas aku didahului dengan ucapan tahniah oleh guru tersebut. Aku gembira sangat aku mendapat keputusan yang tak aku target pun ketika itu.
Aku mencari dia...dan aku melihat dia duduk di suatu sudut dengan perasaan hampa. Aku terus mendekatinya, dia hanya mampu menghulurkan sehelai kertas kepadaku.Aku menatap kertas itu, dan aku terkejut sekali kenapa semuanya berlaku sebegini. Dia gagal dalam Pengajian Am meskipun subjek lain dia lulus dengan cemerlang. Aku hanya mampu memberi kata-kata semangat kepadanya. Bukan itu kegagalan mungkin kejayaan kita bukan di situ. Berita itu disambut dengan gembira oleh mama dan papaku. Dan kini aku melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Hubungan aku dan dia tidak berpanjangan. Aku tidak mahu dipersalahkan dengan perkataan "tidak setaraf" sebab aku bukan orang yang dia maksudkan dan aku rela hubungan itu berakhir saja. 


contoh hasil Penulisan Berita

CABARAN BUKAN HALANGAN

SRI AMAN, Jumaat: Seorang pelajar SMK Engkilili yang berasal dari keluarga sederhana mampu mencapai 18 A+  dalam  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  dan sekaligus dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2013.
            Monica Wong merupakan seorang pelajar yang proaktif di sekolah berasa amat terharu dan gembira dengan kejayaan yang diperolehinya. Keputusan yang cemerlang itu merupakan hadiah paling berharga buat keluarganya.
            Beliau ialah anak sulung daripada 8 orang adik- beradik dan tinggal bersama ibunya setelah pemergian ayahnya. Beliau tidak segan berkongsi rahsia kejayaannya.
“ Untuk mencapai kecemerlangan saya sentiasa bertanya kepada guru-guru dan yang paling penting menumpukan sepenuh perhatian semasa proses pembelajaran.Selain itu kejayaan juga perlu disokong dengan kesabaran mengulang kaji pelajaran,” katanya.
Beliau juga mengatakan keluarga dan guru-gurunya merupakan  pendorong utama kecemerlangannya . Ibunya banyak memberi sokongan kepadanya kerana beliau satu-satunya harapan keluarga serta harus menjadi teladan kepada adik-adiknya yang lain.
Bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan dan banyak cabaran yang harus beliau tempuhi. Menurutnya, beliau pernah mengalami masalah kewangan sehingga menyebabkan beliau tidak mampu membeli buku-buku rujukan seperti pelajar yang lain, namun begitu beliau mempunyai hati yang cekal menjalani liku-liku kehidupannya sebagai seorang pelajar.
Beliau juga berkongsi tips  untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Beliau mengakui tips paling utama ialah sentiasa berdoa, tidak pernah berputus asa, sentiasa berfikiran positif dan menjadikan kesusahan itu sebagai sumber inspirasi untuk berjaya.
Apabila ditanya kemana beliau akan meneruskan pengajian selepas ini, beliau memberitahu beliau akan berbincang dengan keluarga dan gurunya terlebih dahulu. Beliau menyatakan minatnya dalam bidang perubatan dan berhasrat untuk menjadi seorang doktor.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberkati segala usaha dan jerih payah saya selama ini serta terima kasih buat keluarga saya yang tersayang atas doa dan sokongan mereka,tidak lupa juga terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik saya selama ini sehingga saya berhasil mencapai keputusan cemerlang.  Cabaran bukanlah halangan untuk mencapai kcemerlangan, sebaliknya ia merupakan kekuatan kita untuk terus bertahan dan berusaha,” katanya.


                                                                            by Department of Layout
                                                                                 Communication Study
                                                                                   

Wednesday, 18 September 2013

sEsAAT........

Sesaat yang berlalu aku dipukul waktu.Aku duduk  termangu seperti tiada apa yang berlaku. Sesaat yang berlalu aku dilanggar seorang jejaka yang agak aku kenali. Tanpa aku sedari dia kini berdiri di hadapanku. Sara... yer saya jawabku sedikit terkejut...aku berpaling ke arah suara tersebut dan aku hadiahkan senyuman kepada seraut wajah yang agak tampan itu. "Hai Rick, lama tak jumpa? aku memulakan bicara.
Dia hanya tersenyum. "aku rindu kamu"..dan dia terus berlalu.bagai angin yang bertiup lembut singgah menampar pipiku...Sejak saat itu, aku tidak pernah lagi bertemu dengannya..dan akan ku tunggu saat itu berulang kembali.

Saturday, 14 September 2013

SAYA DI MATA ANDA?

Saya adalah seorang yang setia. Setia kepada apa?? 
 KEKASIH?KAWAN-KAWAN?
Saya lebih setia kepada teman-teman saya...
Tanpa mereka saya bagaikan sehelai kertas yang melayang ditiup angin..
Tatkala kita berjauhan dari keluarga...teman adalah kelluarga yang palling rapat dengan kita
Walaupun saru saat kia akan terpisah dengan teman-teman kita..
Saya sentiasa gembira bersama mereka walaupun pada tika itu saya dalam kesedihan...
gelak tawa bersama teman-teman mengiringi saya ke arah keyakinan yang nyata......
Saat kita mengenali mereka..merekalah orang asing yang akan menjadi sahabat kita..

Wednesday, 11 September 2013

.............................................weLcome to My Blog............
untuk menjadi orang yang sempurna bukannya mudah namun kehidupan tidak memerlukan semua itu........
kehidupan ini hanya memerlukan orang yang menyempurnakan kita..
tidak semua manusia yang sempurna, dan kita tidak berhak untuk mempertikaikan kesempurnaan seseorang..kerna itulah kehidupan...kehidupan seindah syurga...terpulang kepada manusia bagaimana untuk menjalani nya...