Wednesday, 9 October 2013

KEHILANGAN
Kelihatan seorang gadis yang manis, mempunyai pipi yang gebu dan gayanya menjadi tarikan setiap manusia yang lalu di situ,serta menggunakan gaun unggu bercorak lembut. Ayu dipandang. Duduk sendirian seperti menunggu kehadiran seseorang.
 Ana, lama tunggu?..Sorrylah I lambat,Happy Valentine Day Ana. Saya harap Ana suka,sambil memberi bungkusan  hadiah. Mencebik muka masam . Syam awak tahu tak saya ada meeting dengan client lepas ni..Maaflah Ana saya lambat beberapa minit saja pun.Tak baik marah-marah begini,nanti tak manis dipandang.
 Mereka pun berlalu dari situ. Setelah menghantar Ana, Syam pun berkunjung ke sebuah restoran untuk menemui seseorang. Syam seorang jejaka yang tak dinafikan ketampanannya,namun dia juga terkenal dengan sikapnya yang kaki perempuan. Syam meluangkan masa yang lama bersama seorang gadis yang seperti kacukan Cina itu sehingga dia terlupa waktu sudah pun menujukkan pukul 7.00 malam. Ana menunggu di luar sebuah kedai makan sambil menekan nombor  Syam entah hingga kali yang ke berapa. Jarum jam di tangan menunjukkan pukul 10 malam. Ana mengambil keputusan  menggunakan teksi untuk pulang ke rumahnya. Gadis manis itu menaiki teksi seorang diri. Hanya Tuhan sahaja yang tahu hatinya ketika itu. Namun, dalam perjalanan Ana berasa tidak senang  apabila mendapati pemandu teksi itu agak mencurigakannya.
‘Pak cik, saya nak ke Jalan Melati, saya rasa pak cik salah jalan. Pak cik tolong berhentikan saya disini’, sambil Ana mendail nombor Syam.Tapi masih tiada jawapan.Teksi itu berhenti di lampu isyarat, dengan pantas Ana keluar dari teksi itu…dan tiba-tiba dummmmmmm..sekelip mata tubuh kecil itu melayang disambut bumi…
Keesokan harinya Syam tersedar dan melihat skrin telefon bimbitnya yang penuh dengan panggilan dari Ana serta juga merta telefonnya berbunyi.Nombor yang tertera tidak dikenali namun dijawabnya juga.
“ Encik  ni Syamzrizal tunang kepada Roseswyana? Ya,saya bercakap jawab Syam. Encik diharapkan banyak bersabar, tunang encik meninggal dunia disebabkan kemalangan semalam.”


 Telefon terjatuh dari genggaman. Betapa orang yang dicintainya menelefon banyak kali disebabkan dia dalam kesusahan dan tidak dihiraukan sehingga menyebabkan dia hilang untuk selama-lamanya…

No comments:

Post a Comment