Sunday, 22 September 2013

cINTA DAN kEJAYAAN 

...........Sejak di bangku sekolah lagi  saya bercita-cita menjadi seorang jururawat. Cita-cita ini merupakan impian mama ku. Namun begitu, tak semua cita-cita kita menjadi kenyataan..Aku tidak dapat mencapai impian mama kerana aku kurang dalam subjek Matematik. Aku memang tak suka nombor, walaupun keputusan matapelajaran sains yang ku perolehi amat memuaskan. Mama kata,biarlah segalanya berlalu dan bangkitlah dengan yang baharu. Aku amat kecewa, namun aku terpaksa menyembunyikan kekecewaanku  itu kerna aku tahu hati mama lebih kecewa...
Akhirnya aku berjaya menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Aku memberi keputusan kepada mama bahawa aku tidak akan menyambung pelajaranku lagi. Dengan wajah tenang mama menerima keputusanku itu. Hanya tinggal satu minggu saja lagi pendaftaran ke tingkatan 6 dan aku semakin serba salah dengan keputusan yang telah aku buat. Pada masa itu aku memang seperti orang yang tidak mempunyai pendirian diri. Mama bertanya kepadaku ,adakah kamu yakin dengan keputusanmu itu.....aku menjawab..
"mama,boleh tak mama membuat kata putus untuk semuanya"..mama memang ingin anak mama seorang ni terus menyambung belajar..umur pun masih muda. Itu jawab mama..dan aku yakin keputusan seorang ibu adalah tepat........Aku menyambung pelajaran ke peringkat pra-U atau tingkatan 6. Aku bukanlah pelajar yang pintar namun aku gigih berusaha. Di sekolah ini aku mempunyai teman lelaki. Namun begitu, aku jadikan ea sebagai pendorongku untuk mencapai kecemerlangan. Dia selalu mencabar aku sehingga kadang-kadang menyebabkan aku tersinggung. Di kelas pun dia sering mendapat pujian dari guru-guru sehingga menyebabkan aku rasa tercabar. Hanya tinggal beberapa minggu lagi STPM akan tiba. Aku merasakan seperti tiada apa-apa yang berlaku.Semakin dekat dengan STPM makin aku selalu kena marah dengan guru Geografi. Aku sabar je kena marah dengan guru tapi paling yang aku tak sabar bila dia juga perli aku. Teman lelaki jenis apa macam ni", bisik hati kecilku. Minggu STPM pun tiba, dan kami pun jarang bertemu satu sama lain kerana kesibukkan mengulang kaji pelajaran pada masa itu. Aku tunggu dia ucap semoga berjaya atau apa-apa yang boleh memberi semangat padaku pun tak ada. Sedih juga rasanya.
Setelah peperiksaan STPM berakhir aku berasa aku dah buat sehabis baik yang aku dapat. Melangkah kaki keluar dari bilik peperiksaan dengan harapan agar mendapat keputusan yang cemerlang. Petang itu juga aku terus dijemput oleh abangku kerana keluarga kami akan bertolak ke Kuala Lumpur keesokannya. Aku bertemu dengannya sekejap sahaja sebelum aku balik dan mungkin itulah pertemuan yang terakhir yang aku rasakan ketika itu. Aku sebak meninggalkan sahabat-sahabatku yang lain. Kami berpisah dengan tangisan dan berharap dapat berjumpa kembali.
Setelah beberapa bulan kemudian keputusan STPM yang ditunggu-tunggu pun keluar dan aku melangkah ke sekolah dengan perasaan yang agak berat sekali. Entah mengapa tiba-tiba sesuatu yang tidak menyenangkan berlaku. Belum sempat aku perkenalkan diri kepada guru yang bertugas aku didahului dengan ucapan tahniah oleh guru tersebut. Aku gembira sangat aku mendapat keputusan yang tak aku target pun ketika itu.
Aku mencari dia...dan aku melihat dia duduk di suatu sudut dengan perasaan hampa. Aku terus mendekatinya, dia hanya mampu menghulurkan sehelai kertas kepadaku.Aku menatap kertas itu, dan aku terkejut sekali kenapa semuanya berlaku sebegini. Dia gagal dalam Pengajian Am meskipun subjek lain dia lulus dengan cemerlang. Aku hanya mampu memberi kata-kata semangat kepadanya. Bukan itu kegagalan mungkin kejayaan kita bukan di situ. Berita itu disambut dengan gembira oleh mama dan papaku. Dan kini aku melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Hubungan aku dan dia tidak berpanjangan. Aku tidak mahu dipersalahkan dengan perkataan "tidak setaraf" sebab aku bukan orang yang dia maksudkan dan aku rela hubungan itu berakhir saja. 

No comments:

Post a Comment