contoh hasil Penulisan Berita
CABARAN BUKAN HALANGAN
SRI AMAN, Jumaat: Seorang pelajar SMK Engkilili yang
berasal dari keluarga sederhana mampu mencapai 18 A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sekaligus dianugerahkan sebagai pelajar
cemerlang SPM 2013.
Monica
Wong merupakan seorang pelajar yang proaktif di sekolah berasa amat terharu dan
gembira dengan kejayaan yang diperolehinya. Keputusan yang cemerlang itu
merupakan hadiah paling berharga buat keluarganya.
Beliau
ialah anak sulung daripada 8 orang adik- beradik dan tinggal bersama ibunya
setelah pemergian ayahnya. Beliau tidak segan berkongsi rahsia kejayaannya.
“ Untuk mencapai
kecemerlangan saya sentiasa bertanya kepada guru-guru dan yang paling penting
menumpukan sepenuh perhatian semasa proses pembelajaran.Selain itu kejayaan
juga perlu disokong dengan kesabaran mengulang kaji pelajaran,” katanya.
Beliau juga mengatakan
keluarga dan guru-gurunya merupakan
pendorong utama kecemerlangannya . Ibunya banyak memberi sokongan
kepadanya kerana beliau satu-satunya harapan keluarga serta harus menjadi
teladan kepada adik-adiknya yang lain.
Bukan mudah untuk
mencapai sesuatu kejayaan dan banyak cabaran yang harus beliau tempuhi.
Menurutnya, beliau pernah mengalami masalah kewangan sehingga menyebabkan
beliau tidak mampu membeli buku-buku rujukan seperti pelajar yang lain, namun
begitu beliau mempunyai hati yang cekal menjalani liku-liku kehidupannya
sebagai seorang pelajar.
Beliau juga berkongsi
tips untuk menjadi pelajar yang
cemerlang. Beliau mengakui tips paling utama ialah sentiasa berdoa, tidak
pernah berputus asa, sentiasa berfikiran positif dan menjadikan kesusahan itu
sebagai sumber inspirasi untuk berjaya.
Apabila ditanya kemana
beliau akan meneruskan pengajian selepas ini, beliau memberitahu beliau akan
berbincang dengan keluarga dan gurunya terlebih dahulu. Beliau menyatakan
minatnya dalam bidang perubatan dan berhasrat untuk menjadi seorang doktor.
“Saya bersyukur kepada
Tuhan kerana memberkati segala usaha dan jerih payah saya selama ini serta terima
kasih buat keluarga saya yang tersayang atas doa dan sokongan mereka,tidak lupa
juga terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik saya selama
ini sehingga saya berhasil mencapai keputusan cemerlang. Cabaran bukanlah halangan untuk mencapai
kcemerlangan, sebaliknya ia merupakan kekuatan kita untuk terus bertahan dan
berusaha,” katanya.
by Department of Layout
Communication Study
No comments:
Post a Comment